Awas: Warna Kuning Jenayah Berat

Kuning merupakan warna yang paling berbahaya bagi negara Malaysia. Ia telah diharamkan dari berleluasa sehinggakan boleh dijatuhkan hukuman kerana memakai atau menyebut perkataan BERSIH. Malaysia sudah menjadi KOTOR dengan tindakan kerajaan yang zalim.

Ahli Parlimen Gopeng telah ditangkap hari ini kerana memakai baju berwarna kuning tanpa ada sebarang logo tertera BERSIH. Sah bukan kerana logo BERSIH sebaliknya warna itu telah menjadi mimpi ngeri kepada pihak keselamatan terutamanya polis.

Apa sudah jadi dengan sebuah negara yang telah dilanda dengan virus kuning. Keasyikan polis menahan mereka yang tidak boleh dianggap penjenayah menyebabkan kumpulan penjenayah semakin bermaharajalela dan tergelak dengan polis yang takut dengan warna kuning.

Blogspot Remove Artikel

Hari ini Blogspot telah menyah artikel beberapa blog dari blogspotnya. Di sini aku cuba tunjukkan beberapa blog dari Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional juga tidak terkecuali dari terkena nyah artikel tersebut.

Berikut ialah blog-blog Pakatan Rakyat yang telah dinyahkan artikel. Bukan blog ini sahaj tetapi ada beberapa lagi blog. Ini sebahagian sahaj yang dapat ditunjukkan kepada anda.

Ini ialah satu satu blog dari Barisan Nasional yang sempat dilihat.

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Nurul Izzah Terima SMS Ugutan Mahu Culik Anak Perempuannya

KUALA LUMPUR, 13 Mei — Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar berkata, beliau menerima mesej SMS yang mengugut anak perempuan berusia tiga tahun akan diculik jika beliau terus memberi sokongan kepada Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ibu kepada dua anak itu memberitahu pemberita bahawa individu yang menghantar mesej itu memberi amaran agar tidak lagi memberi sokongan kepada Anwar, yang merupakan ayahnya, dan jika tidak, perlu bersedia menghadapi nasib menimpa kanak-kanak Sharlinie Mohd Nashar tiga tahun lalu.

Sharlinie, 5, diculik pada 2008 dari tapak permainan dekat rumahnya di Petaling Jaya dan sehingga kini masih belum ditemui.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dan anak sulung Anwar percaya bahawa ugutan itu bermotifkan politik untuk mengakhiri kerjaya politik ayahnya.

Anwar juga merupakan Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.

“Orang itu mengugut bahawa anak perempuan saya akan menghadapi nasib yang sama seperti (kes) Sharline. Jika saya terus sokong bapa saya, maka saya tidak boleh menyelamatkan anak saya.

“Dia juga mengugut bahawa jika saya tidak menggesa bapa saya (Anwar) agar berhenti daripada politik, maka sesuatu akan berlaku ke atas anak saya,” kata beliau kepada pemberita selepas membuat aduan di balai polis Dang Wangi di sini pagi ini.

Nurul Izzah berkata beliau menerima SMS pertama pada 11 Mei dan yang kedua pada 12 Mei, yang mengingatkannya tentang mesej ugutan.

“Pada 5 Mei 2011, saya menerima SMS pertama daripada individu itu mengatakan ada sesuatu penting untuk beritahu saya. Orang itu meminta saya menghubungi dia segera. SMS itu dihantar dua kali,” katanya.

“Saya risau tentang keselamatan anak-anak dan keluarga saya. Ini bukan kali pertama, keluarga saya diugut dengan video seks dan (kejadian) sabotaj kereta ayah saya (bulan lalu),” katanya lagi.

Selasa lalu, pemandu Anwar membuat laporan polis bahawa kereta majikannya kemungkinan telah disabotaj dengan sistem brek diusik, kejadian yang dikesan bulan lalu.

Sebulan sebelum itu, “Datuk T” mendedahkan rakaman video seks, yang si pelakunya didakwa Anwar, dengan dipertontonkan kepada wakil media pada 21 Mac lalu.

Hina Islam: PAS Mahu Presiden MCA dikena Tindakan

KUALA LUMPUR, 13 Mei: Dua laporan polis dibuat terhadap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek atas beberapa tindakannya yang didakwa menghina ajaran Islam.

Laporan berasingan itu dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah di IPD Kota Setar manakala satu lagi oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Johor semalam.

Mereka mendakwa, kenyataan yang dikeluarkan Soi Lek itu bukan sahaja bersifat menghina Islam, malah memprovokasi dan menyakiti perasaan umat Islam itu sendiri.

“Kami dari Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah membuat laporan polis ini terhadap Presiden MCA, Dato Seri Dr Chua Soi Lek di atas kenyataan-kenyataan beliau sejak kebelakangan ini yang begitu ketara mempamerkan sikap prejudis, permusuhan dan penghinaan terhadap Agama Islam selaku Agama bagi Persekutuan Malaysia,” kata Ketua Pemuda PAS Kedah, Ahmad Yahaya.

Berikut antara kenyataan presiden MCA itu yang dakwa mereka terlah menghina Islam.

1) Mengaitkan Negara Islam sebagai negara teokratik dengan mengatakan:

“The Prime Minister and other Umno stalwarts are fully aware of MCA’s stand on turning this country into a theocratic Islamic State” (sila rujuk laporan akhbar The Star bertarikh 02/05/2011 di bawah tajuk ‘MCA strongly against Islamic State’. Sila baca di http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/5/2/nation/8592015&sec=nation).

2) Mencerca dan menghina ajaran Islam yang melarang perempuan dan lelaki berlainan muhrim dari bersentuhan apabila mengkritik tindakan calon PAS di Pilihanraya Kecil DUN Tenang , Cikgu Normala Sudirman yang tidak bersalam dengan lelaki dan juga Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang memakai sarung tangan apabila bersalam dengan lelaki. Beliau menyatakan:

“Normala will not come here to a Chinese temple, she doesn’t even shake hands with the people. I have received complaints about this. She is like Anwar Ibrahim’s wife. She wears gloves when she shakes hands. If you can accept this kind of Islamic value, go ahead and vote for PAS”. (sila rujuk laporan portal berita Malaysia-Chronicle bertarikh 20/01/2011 di bawah tajuk ‘Chua slams Normala, Wan Azizah for wearing gloves when shaking hands’. Sila baca di http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=6591:chua-slams-normala-azizah-for-wearing-gloves-when-shaking-hands&Itemid=2).

3) Cuba memprovokasi dan/atau menyindir sambutan Hari Raya Aidil Adha dengan menggambarkan seolah-olah Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Kelantan memaksa supaya kedai-kedai ditutup pada Hari Raya Aidiladha. Beliau menyatakan:

“Becoz of hari raya haji all shops seem to be closed for celebration or by directive from local authority? It’s quiet in Kota Bahru”. (Sila rujuk akaun Twitter Dato Dr Chua Soi Lek bertarikh 17/11/2010. Sila baca di http://twitter.com/#!/drchuaSL).

4) Mengaitkan Islam sebagai punca banyak negara yang mempunyai majoriti rakyat beragama Islam menjadi negara tidak demokratik, mundur, tidak mencapai taraf pembangunan global, dipaliti rasuah dan lain-lain lagi. Antara lain beliau dilaporkan sebagai berkata :

“Do not be too optimistic that once PAS rules the government, the country will be free from corruption and other problems. Bear in mind, some of the most corrupted countries are Muslim-majority nations….. He noted that the book listed down the common characteristics of 57 Muslim-majority countries in the world which, among other things, claimed that the nations were less democratic because of its emphasis on religion. Although these countries have Cabinets and elections, they also have the Council of Muslim Elders, which enjoys absolute power to override the decisions or policies made by the government. Since these countries formulate their policy using religion as its basis, policies formulated will not be on par with the global development requirement”. Sila rujuk laporan portal berita The Malaysian Insider bertarikh 06/08/2010 di bawah tajuk ‘Soi Lek fires broadside at Umno, PAS’. Sila baca di http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/soi-lek-fires-broadside-at-umno-pas/).

“Kami percaya sekiranya Dato Seri Dr Chua Soi Lek dibiarkan berterusan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang provokatif yang menyentuh berkaitan agama Islam tanpa memperdulikan sensitiviti umat Islam di negara ini, lambat laun pastinya akan menimbulkan suasana tegang dan tidak tenteram di kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

“Kami juga percaya kenyataan-kenyataaan yang dinyatakan di atas bukanlah mewakili suara dan kehendak masyarakat bukan Islam di Malaysia, bahkan kami meyakini seluruh rakyat Malaysia menolak sebarang cubaan untuk memainkan sentiment agama semata-mata bagi mencapai matlamat politik,” kata Setiausaha Dewan Pemuda PAS Johor Mahadzir Bin Mat Zili.

Selain itu, mereka juga mendakwa kenyataan Soi Lek juga yang berjanji akan menjadi penyokong utama PKR jika parti tersebut mahu mengugurkan keistimewaan orang Melayu yang tercatat dalam perlembagaan negara boleh menimbulkan kemarahan kepada orang Melayu.

Justeru, mereka memohon agar Soi Lek disiasat dan diambil tindakan di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan atau mana-mana peruntukan undang-undang yang relevan.

UMNO Punya Talibarut di Perak dan Selangor

KETIKA Perak setahun di bawah Pakatan Rakyat hampir setiap hari beberapa kumpulan mendakwa anti penyelewangan kerajaan negeri itu keluar di TV dan akhbar memburuknya begitu dan begini.
Beberapa muka anak Perak yang tidak pernah muncul dalam media sebelumnya menjadi jurucakap segera yang baru hingga dikenali sekalian orang.

Kerjanya mereka mengatakan kerajaan negeri itu buruk belaka.

Lepas kerajaan itu digulingkan nama dan muka mereka hilang langsung. Tidak kedengaran lagi suara mereka. Tidak ada apa-apa yang mereka kata tentang kerajaan yang merampas kuasa di Perak itu seolah-olah kerajaan itu betul semua.

Sebagai kumpulan yang mendakwa prihatin tentang apa yang kerajaan buat, tidak pernah mereka berkata apa-apa tentang kerajaan negeri sebelum Pakatan itu seolah-olah kerajaan itu kerajaan malaikat.

Lepas itu beralih pula Perdana Menteri Najib ke Selangor. Diambilnya jawatan ketua Umno yang pernah diberi kepada Tan Sri Mohamad Mohd Taib dan Dr. Khir Toyo.

Maka ada pula badan anti penyelewengan kerajaan negeri Selangor. Hari-hari pula gilirannya keluar dalam media mencerca kerajaan dan menteri besarnya begitu dan begini. Lebih sering gambar dan nama mereka dari gambar Sultan dan menteri besar keluar dalam media.

Gambar dan nama Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kerap juga keluar tetapi mereka lebih kerap.

Bagi tokoh anti penyelewengan itu Tan Sri Khalid tak betul bekala. Kerajaan Selangor yang dipimpinnya buruk saja. Seolah-olah lebih buruk dari Presiden Robert Mugabe dari Zimbabwe.

Ada baiknya juga wujud orang dan kumpulan seperti itu supaya kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berhati-hati dan supaya kerajaan tidak berbuat sesuatu ikut suka hati.

Seperti kewujudan pemerhati hak asasi manusia di Amerika dan Eropah yang bergerak di serata dunia bagi memastikan kerajaan-kerjaan di dunia tidak melanggar hak asasi manusia.

Mereka itu terdiri dari orang-orang profesional dan diiktiraf oleh banyak pihak membuat kerja-kerja profesional. Banyak teguran dan pendedahan mereka tentang keburukan yang berlaku. Kebanyakan yang dikatakan keburukan itu berlaku di Afrika dan Asia termasuk China dan Pakistan. Iran pula buruk saja.

Tegurannya kepada Amerika dan England ada juga tetapi macam tak berapa ada.

Israel yang menjadi raja pelanggar hak asasi manusia khususnya terhadap Pelestin tidak berapa dipedulikannya. Mungkin kerana regim terlalu banyak melanggar hak asasi manusia, kalau tidak tidak dipedulikannya pun dunia tahu ia kaki langgar hak kemanusiaan itu.

Bahkan apabila badan pemerhati hak asasi manusia itu terlalu sering menegur perjalanan di Malaysia ini pun menyebabkan orang naik muak juga. Pada hal badan itu diakui profesional. Laporannya yang terlalu selalu memuakkan juga.

Begitulah juga dengan apa yang dikatakan golongan anti penyelewengan Khalid Ibrahim dan kerajaan Selangor ini.

Muak juga orang dibuatnya. Sehingga ada yang menunggu apa yang ia hendak kata esok dan lusa?

Sejak Najib menjadi ketua Umno Selangor, maka badan itu tidak pernah diam. Malah suaranya lebih terdengar dari suara Umno dan suara Noh Omar. Kalah Menteri Perusahaan Hasil Tani itu dibuatnya.

Tidak dapat hendak dikatakan kerajaan Khalid Ibrahim itu bersih dari sebarang kelemahan. Ada kelemahannya di sana sini. Kalau Almarhum Tun Dr. Ismail pun ada kelemahan, masakan Khalid tidak ada kelemahan. Tetapi tidaklah seperti yang golongan anti penyelewengan itu kata.

Pentadbiran Selangor sebelum Khalid juga tidak bebas dari penyelewengan. Banyak yang dibawa ke mahkamah dalam dan luar negeri. Ada yang dihukum dan ada yang belum dihukum.

Tetapi selemah-lemah Khalid tidaklah seteruk kerajaan-kerajaan terdahulu.

Masalah mereka tidak pernah dibandingkan dengan pentadbiran Khalid dan tidak pernah perbuatan terdahulu itu disentuh.

Mengapa? Badan anti penyelewengan itu diadakan bukan untuk melihat penyelewengan secara menyeluruh tetapi ia diadakan untuk Khalid, kerajaan dan partinya.

Ia lebih tepat dinamakan anti Khalid Ibrahim. Kiranya kerajaan Khalid tidak ada lagi, ia pun ghaib macam jenisnya yang di Perak dulu.

Siapa sebenarnya mereka? Ia tidak lain nama lain bagi Umno kalau pun tidak talibarut Umno. Apabila ia Umno, pada Umno yang lain daripadanya adalah tidak betul.

Gula-gula, Rasuah dan Kecundang?

Beginilah senario politik P036 apa gelombang Tsunami telah menghempas Kuala Terengganu pada 17 Januari 2009 yang mana calon dari PAS, Abdul Wahid Endut, 51 telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Kuala Terengganu dalam pilihan raya kecil.

Taktik yang dirancang BN selama ini dengan mengula-gulakan rakyat adalah tidak menjadi kerana gula-gula itu ‘kurang manis’ kepada rakyat. Oleh itu rakyat menolak kerajaan BN dengan kuasa yang ada pada ‘tangan’ mereka. Tindakan merasuah pengundi tidakberjaya kerana pengundi itu bijak berbanding dengan pemberi rasuah itu. Duit diberi tapi yang ku pilih bukan kerajaan yang korupsi. Mungkin ini sebahagian daripada kata-kata rakyat di Kuala Terengganu yang lebih bijak dan matang dalam menentukan siapa yang lebih layak duduk dalam Dewan Rakyat yang mulia.

Akhirnya BN kecundang untuk Parlimen Kuala Terengganu yang selama ini dipegang oleh mereka. Ini bukti rakyat telah menolak BN. Selepas Permatang Pauh, giliran Kuala Terengganu untuk Pakatan Rakyat. Rakyat lebih bijak menilai dari pemimpin BN.

Aduhai Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh

Akhirnya Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh terpaksa akur dengan keputusan Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu P036 setelah calon dari PAS menewaskan belaiu dengan majoriti 2,631 undi.

Abdul Wahid Endut (PAS) – 32,883 undi
Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh (BN) – 30,252 undi
Azharuddin Mamat (BEBAS) – 193 undi

Dengan ini bekas calon BN itu terlepas kesemua jawatan penting seperti Timbalan Menteri Dalam Negeri, Setiausaha Politik dan sebagai Senator Dewan Negara. Tetapi itu tidak bermakna bekas calon tersebut tidak dapat meneruskan perjuangannya itu. Apa-apa pun tahniah kepada calon PAS di P036 di Kuala Terengganu Abdul Wahid Endut.